Membawang Hari Ini

“Kalau Bertudung Susah Nak Berfesyen”

Penampilan penerbit terkenal Datuk A. Aida di Anugerah Juara Lagu baru-baru ini ternyata mengejutkan ramai apabila tidak lagi berhijab. Menurut Aida, dia mengakui tidak lagi mengenakan tudung sejak beberapa bulan lalu.

Menurut Aida, dia hanya mahu menjadi dirinya sendiri dan enggan hipokrit. Jelasnya, keputusannya untuk bertudung sebelum ini adalah anya kerana memenuhi permintaan bekas suaminya.

Ujarnya lagi, dia membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab kerana penampilan berhijab membataskannya untuk berfesyen. Dalam pada itu, Aida memohon agar orang ramai mendoakan yang baik-baik untuk dirinya.

“Saya masih mencari dalaman, doakanlah semoga rohani saya kuat kerana saya tak mahu menipu diri sendiri. Dulu bertudung sebab suami suruh jadi sebagai isteri kita menghormati permintaan suami.

“Saya lebih selesa tak bertudung. Saya memang sukakan fesyen, bila bertudung banyak fesyen yang terbatas. Tengok je pakaian saya semasa di AJL, kan tak elok kalau pakai dengan tudung.

“Kini saya rasa boleh menggayakan pelbagai fesyen dengan penampilan sebegini, gaya sedikit terbatas apabila mengenakan hijab,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, A.Aida berkata seminggu sebelum AJL dia tidak dapat tidur malam memikirkan sama ada dia mahu hadir ke anugerah itu dengan bertudung atau pun tidak serta mengakui takut dengan kecaman netizen.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");