Membawang Hari Ini

‘Kalau Ubah Fitrah Diberi Tuhan, Nak Cakap Hak Asasi Apa?’

Mufti Kelantan Mohamad Shukri Mohamad menjelaskan individu yang melanggar sendiri fitrah ciptaan Tuhan pada dirinya tidak wajar bercakap mengenai hak asasi mempertahankan apa yang dilakukan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu kontroversi membabitkan usahawan kosmetik Nur Sajat semasa mengerjakan umrah di Mekah.

Kunjungan Nur Sajat – atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman – ke Tanah Suci mendapat perhatian, sekali gus mengundang kemarahan ramai, apabila dia berpakaian seumpama perempuan.

Kata Mohamad Shukri, seseorang itu memang sudah diberikan hak asasinya sendiri oleh Tuhan memetik laporan MKini.

“Jadi, kalau dia sendiri sudah ubah fitrah – iaitu hak asasi yang diberi sendiri oleh Tuhan – apa yang dia nak bercakap soal hak asasinya?

“Kalau dia berkelakuan tidak mengikuti fitrah, kalau lelaki nak jadi perempuan mahupun perempuan nak jadi lelaki, itu dah tak berhak dapat hak asasi (untuk mempertahankan tindakannya),” katanya ketika dihubungi media hari ini.

Terdahulu, tindakan Nur Sajat itu mengundang kecaman pelbagai pihak, termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof yang menyifatkan tindakannya itu sebagai mencemarkan imej Islam.

Sementara itu, Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dipetik Bernama pula berkata tindakan Nur Sajat mengenakan pakaian menyerupai wanita itu adalah salah di sisi agama.

Bagaimanapun, sebuah kumpulan NGO hak wanita, Justice For Islam, menyelar tindakan Mujahid mahu mengambil tindakan ke atas Nur Sajat dan menyifatkan perkara itu hanya akan membawa risiko buruk kepada usahawan itu.

Jelasnya lagi cara pemakaian transgender ialah satu bentuk jenayah di Arab Saudi dan golongan itu bakal berdepan cabaran ketika berada di negara terbabit.

Mengulas lanjut, Mohamad Shukri menambah setiap negara mempunyai peraturan sendiri dan semua pihak yang menziarahi negara terbabit wajib mematuhinya.

“Memang pun mana-mana negara ada peraturan kalau kita pergi kena patuhlah, perlu ada disiplin. Kalau lelaki disiplin secara lelaki, kalau tukar pakaian jadi wanita, kita sudah langgar disiplin.

“Negara orang ada peraturan dan undang-undang, kalau di Saudi orang lelaki mesti jemaah di saf lelaki dan perempuan di saf perempuan,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");