Berita Hari Ini

Kanak-Kanak Tercampak Keluar Dari Kereta Ke Tengah Lebuh Raya

SEREMBAN: Pemandu Perodua Myvi putih yang dipercayai individu terbabit dalam kemalangan sehingga menyebabkan kanak-kanak lelaki tercampak keluar dari kereta di Kilometer 235.5 arah utara, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), semalam ditahan polis petang tadi.

Lelaki berusia 20 tahun itu ditahan di Batu Berendam, Melaka pada jam 4.50 petang, kata Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Abdul Kadir.

“Reman akan dipohon untuk meneruskan siasatan. Seorang lagi lelaki yang juga pemandu Honda Jazz biru, berumur 23 tahun turut tampil membuat laporan polis. Siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya di sini, hari ini.

Dalam kemalangan itu, kanak-kanak lelaki berusia dua tahun itu terselamat walaupun tercampak keluar dari kenderaan dipandu bapanya lapor BHarian.

Mangsa bernasib baik apabila pemandu kereta lain di belakang menghentikan kenderaan sebaik menyedari kelibat kanak-kanak terbaring di lorong kanan lebuh raya.

Kejadian berlaku jam 3.21 petang membabitkan dua kenderaan Perodua Myvi dan Honda Jazz yang dipandu secara berbahaya.

Kemalangan berlaku apabila kedua-dua kenderaan mengubah haluan secara berbahaya dan menghimpit kereta Honda Civic dinaiki kanak-kanak terbabit yang berada di lorong kanan.

Akibat perlanggaran itu, seorang penumpang kanak-kanak lelaki berumur dua tahun di dalam kereta Honda Civic tercampak keluar dan terjatuh di atas lorong kanan lebuh raya

Sementara itu, Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang membantu polis sehingga berjaya menahan individu terbabit.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");