Perak Hari Ini

Kastam Patahkan Cabaan Seludup Rokok Putih Dan Kretek Bernilai RM2 Juta

IPOH- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan percubaan menyeludup rokok dan minuman keras yang diperolehi di dua negeri iaitu di Perak dan Selangor.

Pasukan di Cawangan Penguatkuasaan JKDM Teluk Intan telah berjaya merampas sejumlah lebih kurang 2,000,000 batang rokok putih dan kretek dengan nilai cukai dan harga lebih kurang RM2 juta di Setiawan yang merupakan satu rampasan terbesar pada tahun ini.

 

Pengarah Kastam Perak, Dr Mohamad Saprin berkata, pasukan kastam telah membuat intipan di sebuah rumah yang disyaki digunakan untuk menyimpan barang-barang tersebut di sebuah rumah di Sitiawan.

“Hasil pemantauan, tiada sesiapa yang datang menuntut atau berada di kawasan perumahan berkenaan, akhirnya pada 12 Februari 2020, lebih kurang jam 11.50 pagi pihak kastam telah memecah masuk rumah berkenaan dan hasil pemeriksaan didapati sejumlah rokok telah disimpan di dalam presmis tersebut.

“Pasukan kastam kemudiannya membuat siasatan lajut mengenai siapakah yang menyimpan barangan tersebut, tuan rumah dan siapakah disebalik sindiket penyeludupan rokok berkenaan,” katanya dalam satu sidang media di Wisma Kastam, hari ini.

Menurut Mohamad Saprin, setakat ini, perkara tersebut masih lagi dalam siasatan untuk mengenalpasti siapa dalang
disebalik kes terbabit.

“Pihak JKDM Perak juga masih menyiasat adakah pemilik rumah tersebut terlibat atau tidak dalam kes ini dan buat masa sekarang tiada tangkapan dibuat,” katanya.

Sementara itu katanya, bagi kes kedua, Cawangan Penguatkuasaan JKDM Lumut telah berjaya mematahkan percubaan menyeludup minuman keras yang belum lulus kastam pada 20 Februari dianggarkan bernilai RM125,000.

“Pasukan kastam telah menyerbu sebuah rumah di Cheras di mana hasil dan maklumat orang ramai menyatakan bahawa, sejumlah minuman keras disimpan di luar presmis.

“Hasil pemantauan mendapati tiada siapan berada di kawasan berkenaan dan pasukan kastam kemudian menyerbu rumah tersebut,” kayatanya

“Di dalam rumah berkenaan turut disembunyikan minuman keras di dalam lori yang turut ditemui di mana didapati tidak dibayar cukai. Kesemua minuman keras berkenaan dianggatkan bernilai RM125,000,” katanya.

Tambah beliau, sehingga kini pasukan kastam masih menyiasat pihak yang terlibat di dalam penyeludupan tersebut.

Bagi kesalahan pertama boleh didenda tidak kurang 10 kali ganda nilai duti atau RM100,000 mengikut mana yang paling tinggi dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai duti atau RM500,000 mengikut mana lebih tinggi atau boleh dipenjara tidak kurang dari enam bulan dan tidak lebih dari lima tahun atau kedua-duanya

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");