Berita Hari Ini

Kelapa Dan Kangkung Cegah Koronavirus? Terpulang, Kata Dr Dzul

Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad menyerahkan kepada orang ramai untuk mendengar pandangan pihak luar ataupun sebaliknya, namun kerajaan tetap memberi garis panduan rasmi berhubung langkah pencegahan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV).

Beliau berkata demikian sebagai respons apabila ditanya mengenai pandangan pengamal perubatan, Dr Noordin Darus yang dipetik oleh Sinar Harian menasihatkan orang ramai untuk kerap mandi, mengambil lebih banyak sayuran seperti kangkung dan minum air kelapa untuk menangani koronavirus.

“Kami telah menekankan beberapa langkah kebersihan yang perlu kita ambil seperti membasuh tangan dan menggunakan sanitiser (dan) jika anda batuk maka anda menggunakan topeng muka supaya orang lain tidak dijangkiti.

“Semua langkah-langkah ini telah ditekankan dan dijelaskan hampir setiap hari.

“Tetapi jika ada orang yang ingin mencadangkan perkara lain, anda boleh mendengar dan anda boleh berfikir sendiri sama ada anda mahu mengikuti (cadangan) atau tidak. Kami tidak mengenakan hukuman terhadap perkara tersebut,” katanya dalam sidang media di Kementerian Kesihatan di Putrajaya hari ini.

“Kementerian Kesihatan menyokong ubat berasaskan bukti, berdasarkan maklumat dan sains yang tepat,” kata Dzulkefly lagi.

Garis panduan rasmi kementerian untuk mencegah penyebaran koronavirus adalah:

– Basuh tangan anda dengan sabun dan air atau tangan sanitiser, terutamanya selepas bersin atau batuk.

-Dapatkan topeng muka apabila terpaksa berinteraksi atau berurusan dengan orang lain.

-Betulkan etika batuk yang baik.

-Tutup mulut dan hidung anda dengan menggunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin.

-Segera dapatkan rawatan jika anda mengalami demam, batuk atau masalah dengan pernafasan.

Dzulkefly juga mengumumkan dalam sidang media hari ini bahawa terdapat satu lagi kes positif virus itu, yang melibatkan lelaki tempatan berusia 31 tahun dengan sejarah perjalanan ke China.

Ini membawa jumlah kes koronavirus baru di Malaysia kepada 18 orang. Setakat ini, tiga pesakit daripada 18 kes telah pulih dan telah dilepaskan.

Pegawai kementerian katanya telah memulakan siasatan terperinci terhadap pesakit terbaru itu, kata Dzulkefly.

Katanya, mereka telah mengenal pasti 22 orang yang mempunyai hubungan rapat dengan pesakit itu setakat ini, tiga adalah ahli keluarga dan 19 lagi adalah profesional penjagaan kesihatan.

Siasatan hubungan rapat masih dijalankan, katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");