Perak Hari Ini

Kerajaan Perak Bakal Sediakan Bantuan Kepada Empat Keluarga Terlibat Kebakaran

IPOH – Kerajaan Perak akan menyediakan bantuan sewa rumah kepada empat keluarga yang terlibat dalam insiden kebakaran di Kampung Kepayang, dekat sini, semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata bantuan yang berada di bawah pengurusan Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) itu akan diuruskan pada kadar segera memandangkan ada mangsa yang ditempatkan sementara di dewan masjid kampung tersebut.

“Kita dimaklumkan rumah-rumah terlibat ini merupakan rumah sewa, satu daripadanya dihuni tujuh sekeluarga, manakala dua rumah lagi dihuni empat individu bujang sementara sebuah rumah tidak berpenghuni.

“Jadi kerajaan negeri akan bantu mangsa terlibat ini untuk menyewa di rumah-rumah dibawah pengurusan LPHP sesegera mungkin,” katanya selepas meninjau keadaan mangsa kebakaran di Dewan Masjid Muslimat Qariah Kampung Kepayang di sini hari ini.

Ujar beliau, kesemua mangsa kini berada dibawah penyelarasan Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Pejabat Daerah Kinta.

“Pihak Baitulmal juga telah menyalurkan sumbangan awal kepada semua mangsa terlibat.

“Semoga kesemua mangsa tabah menghadapi ujian ini dan dipermudahkan segala urusan,” katanya.

Kebakaran yang berlaku sekitar jam 4.15 petang itu mengakibatkan 11 orang hilang tempat tinggal apabila kediaman mereka musnah.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku kerana ketika kejadian semua penghuni tiada di rumah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");