Berita Hari Ini

KKM Nafi Laporan Akhbar Berkaitan Dakwaan Jangkitan COVID-19 Di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menafikan laporan bertajuk ‘Kes pertama ? Jangkitan selesema dimasukkan ke hospital dan meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 berlaku di Pulau Pinang’ yang disiarkan akhbar berbahasa Mandarin, hari ini.

Menurut BH Online, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pesakit berkenaan mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Pulau Pinang disebabkan oleh batuk dan bengkak pada bahagian kaki, Isnin lalu.

Katanya, pesakit itu tidak mempunyai sejarah pergerakan ke China atau mempunyai kontak rapat dengan pesakit yang disahkan positif coronavirus 2019 atau COVID-19.

“Selain itu, pesakit itu mempunyai masalah kesihatan kronik yang lain dan masih diberi rawatan susulan.

“Dia kemudiannya dimasukkan ke wad, dan seterusnya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) disebabkan keadaan kesihatan yang semakin merosot.

“Semalam, pesakit disahkan meninggal dunia disebabkan oleh ‘Septic shock with multiorgan failure complicated with cardiogenic shock’,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham, berkata sampel klinikal sudah diambil dari pesakit itu untuk ujian saringan jangkitan COVID-19.

“Ini disebabkan pesakit dimasukkan ke ICU dan mempunyai dapatan klinikal penyakit radang paru-paru (pneumonia).

“Sampel klinikal pesakit dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) untuk ujian pengesanan dan pengesahan bagi COVID-19.

“Hari ini keputusan ujian makmal mengesahkan pesakit negatif jangkitan COVID-19,” katanya.

Kementerian akan terus memantau perkembangan isu jangkitan COVID-19 dari semasa ke semasa dan menasihatkan orang ramai untuk mendapatkan maklumat rasmi dari laman web.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");