Perak Hari Ini

KPKT Kembangkan Pusat ZeComm Didik Masyarat Cakna Kitar Semula

IPOH- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merancang untuk mengembangkan Pusat Inisiatif Komuniti Sifar Sisa (ZeComm) di semua 19 buah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang telah mempunyai Pejabat Sekretariat Muafakat Komuniti.

Ketua Setiausahanya, Datuk Sri Mohammad Mentek berkata, inisiatif ini dijalankan selaras dengan pengasingan sisa pepejal di punca atau ringkasnya “SAS” dirangka bagi menyediakan akses penduduk menjalankan rawatan sisa makanan serta menjual barangan kitar semula sekali gus mendapatkan ganjaran.

“Melalui ZeComm, satu pusat sifar sisa bakal disediakan yang mana menjadi sebuah pusat pengumpulan barangan kitar semula (buy back centre) dan pusat kompos.

“Penduduk hanya perlu mengasingkan sisa makanan dan barang kitar semula malahan mereka akan diberi ganjaran melalui cara penebusan barangan harian seperti beras, minyak masak dan sebagainya,” katanya semasa menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan Hari Komuniti Negara di perkarangan Stadium Indera Mulia di sini, hari ini.


Menurut beliau, sebelum ini, KPKT telah menubuhkan lima Pusat ZeComm di PPR Kota Bharu, Kelantan; PPR Lembah Subang 2, Selangor; PPR Tehel, Melaka; PPR Senawang, Negeri Sembilan; dan Rumah Pangsa Jalan Hospital, Ipoh, Perak.

“Program ini telah berjaya memupuk amalan kitar semula dalam kalangan anggota komuniti di samping memberi pulangan kepada individu yang aktif melaksanakan inisiatif tersebut,” katanya.

Sementara itu, beliau turut berharap agar inisiatif tersebut dapat melahirkan masyarakat yang prihatin, cakna, bersatu padu serta mempunyai rasa tanggungjawab dalam menjaga harta benda dan persekitarannya secara bersama.

Sambutan Hari Komuniti Negara pada hari ini adalah yang pertama kali semenjak ia dilancarkan pada 7 Februari 2019 dan bandaraya Ipoh dipilih sebagai destinasi pertama pelancaran.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Bin Abdul Rahim.

Terdahulu, Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad telah melancarkan Dasar Komuniti Negara, yang merupakan satu pendekatan untuk membentuk komuniti yang lebih peka kepada isu-isu sosial dalam masyarakat dan mewujudkan kehidupan lebih sejahtera.

Sambutan ini diadakan bertujuan untuk meraikan pencapaian komuniti dalam membentuk generasi mampan di bawah semangat Dasar Komuniti Negara dengan tema ‘Komuniti Progresif Negara Makmur’.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");