Berita Hari Ini

Kumpulan Azmin Ulangi Pendirian Sokong Tun M

SHAH ALAM – Kumpulan 11 Ahli Parlimen yang diketuai Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sekali lagi mengulangi sokongan tidak berbelah bahagi terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri untuk penggal Parlimen Ke-14.

Mohamed Azmin berkata, keyakinan yang diberi kerana merupakan mandat sebenar yang telah diberikan oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Ini telah kami tegaskan dalam mesyuarat tertutup parti dan secara terbuka.

“Tindakan yang kami ambil adalah berpaksikan aspirasi rakyat yang mahukan sebuah kerajaan yang stabil, perpaduan yang kukuh dan penumpuan kepada usaha untuk memulihkan serta menjana pertumbuhan ekonomi yang mampan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, langkah yang diambil itu menunjukkan perkembangan positif dan meyakinkan.

“Kumpulan kami adalah terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan wilayah yang mengutamakan persefahaman antara kaum, agama dan kebudayaan.

“Kami sedang menangani sedang menangani isu-isu berkaitan secara berperingkat,” katanya.

Selain Mohamed Azmin, 10 lagi ahli kumpulan berkenaan adalah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin; Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah; Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian; Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamaruddin Jaffar; Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman; Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Rashid Hasnon; Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr Santhara Kumar; Ahli Parlimen Saratok, Ali Biju; Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin dan Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin.

Semalam, kumpulan terbabit mengisytiharkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Muafakat Pakatan Harapan bagi membentuk sebuah blok bebas di Parlimen lapor Sinar Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");