Perak Hari Ini

Lantik PBB Dalam Kalangan Nelayan Awasi Kemalangan Di Air

IPOH- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Malaysia bakal menubuhkan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) di kawasan berisiko kemalangan yang mana menjadi kawasan popular dalam kalangan pengunjung.

Perkara tersebut adalah sebagai langkah alternatif bagi pihak JBPM memandangkan tidak semua kawasan dapat dibangunkan balai bomba seperti kawasan terpecil atau tidak begitu ekonomi.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Malaysia, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, lantikan PBB adalah supaya dapat mangambil langkah awal dalam mencari, menyelamat dan mengenal pasti mangsa di sesuatu lokasi yang terlibat.

Katanya, sekiranya berlaku kecemasan di kawasan tertentu, PBB iaitu terdiri dari mereka yang tinggal di kawasan tersebut dan merupakan orang yang lebih mengetahui selok belok atau lebih mahir mengenai topografi kawasan yang berlaku kemalangan sebelum ketibaan anggota bomba.


Ekoran itu katanya, pihak JBPM telah menubuhkan PBB dan mengenalpasti ‘hotspot’ iaitu di badan air seperti pantai yang berbahaya memandangkan kadar kematian akibat kelemasan lebih tinggi berbanding kadar kematian akibat kebakaran.

“Mereka duduk di kawasan tersebut iaitu nelayan akan dilantik sebagai PBB di mana mereka akan menjadi penjaga kawasan tersebut malahan, turut akan menjadi mata dan telinga kepada kerajaan kerana pada masa tertentu kawasan ini kita tidak akan benarkan sesiapa masuk untuk beriadah atau aktiviti rekreasi.

“Jadi dengan adanya mereka yang menjaga tempat ini, merekalah yang akan melapor kepada agensi kerajaan khusunya kepada bomba tentang sekiranya ada aktiviti yang dibuat oleh pihak tertentu yang berjalan di situ dan sekiranya keadaan laut dan pantai berbahaya, mereka akan menjadi orang yang diberi kuasa untuk menahan orang lain dari memasuki kawasan berisiko,” katanya kepada media selepas menyaksikan perbarisan kehormat di Ibu Pejabat JBPM Negeri Perak, hari ini.

Katanya, pihaknya akan melantik penjaga kawasan tersebut untuk menjadi PBB di mana mereka ini diberi latihan, sijil dan ditauliahkan malahan, sekiranya terlatih, mereka akan menerima elaun yang tertentu.

“Kita dapati pada musim tengkujuh, nelayan ini tidak mempunyai sumber pendapatan kerana tidak boleh ke laut di mana keadaan laut yang bergelora dan terlalu bahaya untuk bot melalui kawasan seperti ini untuk menangkap ikan.

Menurut beliau, setakat ini terdapat 15 kawasan ‘hotspot’ berisiko tinggi di kawasan badan air seperti sungai, tali air, pantai, persisir pantai, jeram dan sebagainya di mana mencatatkan statistik yang tinggi.

Tambah beliau, perkara tersebut merupakan salah satu cara yang efektif untuk mendayaupayakan komuniti dalam perkhidmatan kebombaan.

Kata Mohammad Hamdan, setakat ini, pengambilan seramai 30 orang telah dilakukan di mana mereka dilatih di Pahang dan akan melalui kursus 100 jam sebagai kursus pensijilan PBB.

“Di tiga negeri tersebut, iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang telah dibuat pemilihan di mana JBPM akan mengenalpasti mereka yang layak dan ianya masih dalam proses melihat mereka yang benar-benar layak.

“Selepas ditauliah, mereka juga boleh dipanggil dari masa ke masa untuk kursus pemantapan dari aspek kemahiran yang tertentu. Jadi mereka ini terlatih untuk menyelamat malahan menjaga kawasan tersebut, bagi saya ini adalah satu langkah yang efektif untuk membantu bomba di peringkat awal,” katanya

Katanya lanjut, perkara ini dilaksanakan berdasarkan keberkesanan konsep Mountain Search Rscue (MOSAR) yang terdiri dari Malim Gunung dan diaplikasikan di Gunung Kinabalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");