Berita Hari Ini

Lebih 500 Kakitangan Hospital Dijangkiti Koronavirus

BEIJING: Sekurang-kurangnya 500 kakitangan hospital di Wuhan, China sah dijangkiti novel koronavirus pada pertengahan Januari lalu.

Kebanyakannya adalah kakitangan di Hospital Wuhan Xiehe dan Hospital Renmin iaitu masing-masing mencatatkan 100 kes dan 50 kes di Hospital Wuhan Nombor 1 serta Hospital Zhongnan.

Beberapa sumber perubatan yang mengesahkan perkara tersebut mendakwa situasi itu menyebabkan banyak hospital mengalami kekurangan pekerja.

Dalam masa sama, ia turut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pekerja hospital mengenai kesihataan masing-masing.

Memetik laporan South China Morning Post, walaupun pihak berkuasa ada melaporkan jangkitan yang berlaku dalam kalangan kakitangan hospital namun tidak secara keseluruhan.

Bahkan, para doktor dan jururawat diminta supaya tidak menguar-uarkan perkara tersebut kepada masyarakat umum.

“Larangan menguar-uarkan itu bagaimanapun tidak dijelaskan tapi pihak berkuasa sedang berusaha meningkatkan moral barisan hadapan kakitangan perubatan.

“Lebih-lebih lagi apabila Dr. Li Wenliang meninggal dunia akibat jangkitan virus tersebut seminggu selepas menerima amaran daripada pihak polis,” katanya.

Secara tidak langsung, jangkitan dalam kalangan kakitangan hospital itu merupakan penanda penting mudahnya virus itu disebarkan dan boleh menyebabkan risiko kepada hospital.

Seorang doktor di hospital utama di Wuhan memberitahu, ramai kakitangannya sedih apabila melihat Imbasan Tomografi Berkomputer (CAT) rakan-rakan yang dijangkiti novel koronavirus.

Atas sebab tersebut, doktor yang tidak ingin dikenali itu berkata, mereka merayu sumbangan derma barangan keperluan perubatan terutamanya sut bahan berbahaya (Hazmat).

Tambahnya, kawasan kuarantin yang menempatkan kakitangan perubatan yang sakit ketika ini juga sudah penuh.

“Terlalu ramai rakan kami yang jatuh sakit kerana tiada perlindungan sepenuhnya,” katanya.-Agensi

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");