Panasnya Hari Ini
Like

Mahdzir Sambung Beri Keterangan Kes Rasuah Rosmah

February 12, 2020
317 Views
0 Comments
1 minute read
Mahdzir Sambung Beri Keterangan Kes Rasuah Rosmah

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pendidikan, Mahdzir Khalid hari ini menyambung beri keterangan perbicaraan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor berhubung projek tenaga solar.

Perbicaraan di depan hakim Mohamed Zaini Mazlan masuk hari kelima hari ini.

Semalam, Mahdzir menyangkal dakwaan peguam Datuk Jagjit Singh yang mendakwa beliau menerima habuan berjumlah RM60 juta dan bersetuju memberikan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar itu kepada Jepak Holdings.

Mahdzir yang juga saksi kelima pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan, ketika pemeriksaan balas Jagjit Singh terhadapnya.

Antara dakwaan Jagjit ialah Mahdzir setuju memberikan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar itu kepada Jepak Holdings selepas ditawarkan habuan itu.

Jagjit berkata, Mahdzir meminitkan persetujuannya berkenaan projek berkenaan selepas pengarah urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin setuju memberikannya RM1 juta sebulan untuk lima tahun dan keseluruhannya berjumlah RM60 juta.

Jagjit turut mendakwa, Mahdzir menerima RM50,000 daripada pengarah urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin pada 2015.

Jagjit juga memberitahu mahkamah bahawa Mahdzir bersengkokol dengan setiausaha UMNO Pekan, Datuk Ahmad Aazmey Abu Talib yang menerima kira-kira RM1.5 juta daripada Saidi atas bantuannya mendapatkan kontrak itu.

Mahdzir bagaimanapun menafikan semua dakwaan itu.

Mahdzir berkata, beliau hanya mengetahui mengenai Jepak mendapat projek itu dengan bantuan Aazmey namun langsung tidak tahu dakwaan pemberian berjumlah RM1.5 juta kepada Aazmey lapor Sinar Harian.

Komen & Pendapat

Comments are closed.