Perak Hari Ini

‘Majlis Pelancaran Jersi Perak Akan Diadakan Selepas Unity Shield’

IPOH: Majlis Pelancaran Jersi dan Memperkenalkan Pemain Pasukan Bola Sepak Perak untuk musim ini dijadualkan diadakan selepas perlawanan Unity Shield antara Perak dan Kedah yang berlangsung pada 15 Februari ini.

Walau bagaimanapun Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) belum menetapkan secara jelas lokasi dan tarikh majlis tersebut.

Manurut Setiausaha Kehormat PAFA, Mohamad Azlin Mohd Nadzri majlis tersebut mungkin akan diadakan secara sederhana.

“Kini kita sedang memberi tumpuan terhadap perlawanan Unitu Shield dahulu. Selepas ia selasai, kita akan mengadakan majlis pelancaran jersi dan memperkenalkan para pemain kita.

“Walaupun semua sudah tahu barisan pemain Perak namun kita akan adakan majlis memperkenalkan mereka secara rasmi nanti.

“Berkenaan tarikh dan lokasi, kita belum membuat sebarang ketetapan lagi. Namun atas nasihat Presiden PAFA, kita tidak mengadakan majlis itu dengan secara ‘grand’.

“Kita tidak mahu terlalu membazir. Ini kerana selepas kita mengambil alih Perak II, kita perlu berbelanja secara berhemah,” katanya dalam satu sidang media di Bangunan PAFA di sini, hari ini.

Sementara itu beliau turut diminta mengulas lanjut tentang import baharu Perak Thierry Chantha Bin dan Antony Golec.

Menurut Mohamad Azlin mereka sudah mengikat kontrak setahun dengan pasukan Skuad The Bos Gaurus sebagai pemain import sejak diumumkan pada 28 Januari lalu.

“Mereka sudah bersama Perak dan kini beraksi untuk aksi pra-musim di Singapura.

“Kita yakin pemilihan mereka oleh jurulatih itu sangat tepat. Namun kita akan melihat perkembangannya nanti,” katanya.

Chantha Bin kini beraksi di posisi tengah menggantikan Brendan Gan sementara Anthony Golec berada di posisi pertahanan

Perak kini sedang menjalani latihan pra-musim di Singapura pada bermula 5 hingga 10 Februari sebagai langkah persediaan menghadapi musim baharu Liga Super Malaysia.

Aksi pra-musim skuad The Bos Gaurus bermula dengan perlawanan menentang pasukan Liga Premier Singapura, Balestier Khalsa FC hari ini dan diikuti dengan perlawanan bersama Geylang International FC pda 9 Februari masing-masing di Stadium Toa Payoh dan Stadium Jurong West.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");