Panasnya Hari Ini

Majoriti Tolak Kerjasama Muafakat Nasional Dengan Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR – Majoriti rakyat menolak cadangan Muafakat Nasional (MN) hendak bekerjasama dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mereka juga menolak sekiranya MN dan Dr. Mahathir mahu bekerjasama dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti DAP.

Dalam tinjauan pendapat yang dilancarkan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki pada Isnin lalu menerusi laman sosial Facebooknya, seramai 102,000 netizen membuat undian.

Daripada jumlah yang mengundi itu, 56 peratus menolak Dr. Mahathir, Anwar dan parti cauvinis DAP, manakala 44 peratus lagi menyifatkan sebagai wajar.

Menurut Dr. Asyraf, dari jumlah itu juga, 9,700 netizen memberi komentar dalam nada marah dan menolak kedua-dua pemimpin berkenaan yang bersengkokol dengan DAP.

“Terima kasih kepada lebih 102,000 orang yang telah mengundi dan hampir 10,000 yang memberikan komentar terhadap tinjauan pendapat ini.

“Dari semua komentar dan pandangan dapatlah dirumuskan beberapa dapatan yang antara lain tidak bersetuju MN menjalin sebarang kerjasama dengan kedua mereka termasuk bersama parti DAP,” katanya dipetik statusnya yang dimuatnaik dalam akauan Facebook beliau, semalam.

Isnin lalu, Dr. Asyaf memuatnaik posting tinjauan pendapat bertajuk, Wajarkah Muafakat Nasional bersama dengan Tun DR. Mahathir, menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP?

Hasil dapatan itu, majoriti rakyat marah dan menolak Dr Mahathir, Anwar dan DAP.

Rakyat tidak mahu Muafakat Nasional menjalinkan sebarang kerjasama dengan mana-mana pihak seandainya ia ada kaitan dengan DAP.

Rakyat juga mahukan Muafakat Nasional (Penyatuan UMNO dan Pas) diperkasa dan diperkukuhkan bagi mewakili suara rakyat tanpa menjadi alat mana-mana pihak.

Dr. Asyraf kemudian mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengundi dan berkongsi pandangan serta memberi jaminan akan membawa pandangan itu ke peringkat tertinggi parti.

Statusnya itu turut dikongsi 1,000 netizen. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");