Membawang Hari Ini

Mark Adam Dedah Pernah Dihasut Keluar Islam

Sudah hampir 17 tahun memeluk Islam, penyanyi Mark Adam mengakui turut berdepan dengan cabaran apabila keputusannya masuk Islam dipersoal serta dihasut untuk keluar dari agama Islam.

Menurut Mark, rakan-rakanya di Filipina juga sering bertanyakan sebab mengapa dia memeluk Islam serta memintanya kembali ke agama asalnya iaitu Kristian.

“Apabila sudah masuk Islam pernah juga saya dihasut keluar Islam, antaranya kawan-kawan saya di kampung. Mereka keliru, agama apakah ini, kenapa masuk? Baliklah…,” katanya.

Mark atau nama Islamnya, Fikri Mark Adam juga mengakui pernah mengajak individu lain untuk memeluk agama Islam termasuk ibunya, Florenda Macaraig Echivarre.

“Kawan-kawan, keluarga misalnya emak saya, pernah juga saya ajak untuk masuk Islam. Tetapi mak saya contohnya akan ada banyak pertanyaan, jadi saya tunggu terlebih dahulu,” kongsinya.

Mark mendirikan rumah tangga dengan Nor Azah Redzuan yang merupakan rakyat Malaysia dan pengurus beliau sejak tahun 2003. Mark sudah lebih 19 tahun menetap di Malaysia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");