Perak Hari Ini

MB, Exco Perak Masih Jalankan Tanggungjawab Seperti Biasa

MB Perak, Peja, Faizal Azumu

IPOH: Kerajaan Perak masa kini masih berfungsi seperti biasa, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Katanya beliau masih melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar selain kekal memperoleh sokongan majoriti Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)

“Saya masih melaksanakan tugas dan tanggungjawab Menteri Besar menurut yang diamanahkan, dan kekal mendapat sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Negeri Perak.

“Manakala barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) juga masih menjalankan tanggungjawab masing-masing seperti biasa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan telah menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Ibu Negara, semalam berkenaan kedudukan politik negeri.

“Saya menyeru persefahaman rakyat membantu usaha-usaha yang sedang dijalankan agar kemelut politik yang sedang melanda negara ketika ini dapat diatasi dengan baik.

“Ia supaya membolehkan kerajaan kembali menumpukan usaha-usaha pembangunan untuk kepentingan rakyat.

“Semoga Allah SWT memberikan petunjuk dan hidayah membolehkan kita mendapat penyelesaian terbaik untuk rakyat dan negara,” katanya.

Ketika ini kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Perak yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada Mei 2018 mempunyai 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).

18 kerusi dimiliki DAP, enam daripada Parti Amanah Negara (Amanah), empat PKR dan dua daripada Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Sementara pembangkang mempunyai 28 kerusi yang mana 25 daripadanya diwakili Umno, tiga Pas serta seorang Adun Bebas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");