Perak Hari Ini

Menang Tanpa Bertanding: Ipoh Timur Mahu Jawatankuasa Semak Semula Rayuan

IPOH- Bersatu Bahagian Ipoh Timur menggesa pihak Jawatankuasa Pemilihan Bersatu Perak menyemak semula rayuan yang dibuat calon mereka selepas Ketua Bahagian kawasan tersebut diumumkan menang tanpa bertanding.

Wakilnya, Mohd Azman Salim meluahkan kekecewaan apabila calon yang dipilih ahli di kawasan tersebut untuk bertanding sebagai Ketua Bahagian Ipoh Timur ditolak.

“Kami ahli Bersatu Bahagian Ipoh Timur melahirkan kekecewa apabila calon yang kami pilih untuk bertanding ditolak.

“Jadi ianya agak melucukan apabila calon yang dibesarkan di Ipoh Timur malahan sekarang dibesarkan di Kampung Seri Kinta sehingga kini masih menetap di sini di tolak dan dikatakan sebagai orang luar sehingga hari penamaan calon,” katanya kepada hari ini.

Sehubungan itu katanya, pihaknya akan menghantar rayuan kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) berhubung perkara berkaan di mana calon tersebut antara orang yang pernah berkhidmat semasa PRU-14 yang lalu.

“Kami mendesak JPP untuk melihat semula rayuan yang dibuat calon kami untuk memberi ruang kepada proses demokrasi.

“Kami mohon JPP meneliti kembali rayuan yang dipohon oleh calon kami dengan seadilnya memohon Jawatankuasa Displin JPP Bersatu untuk menyiasat kelptokrasi dan usaha mematikan demokrasi terhadap KB Ipoh Timur sekarang,” katanya.

Menurut beliau, calon KB berkenaan iaitu Mohd Hammali Mohamed Yusoff dikatakan, namanya dipindahkan ke Sungai Siput selepas penamaan calon dibuat.

“Ini adalah jelas merupakan satu permainan yang tidak bertanggungjawab yang mana saya rasa pengecut dan bacul apabila sekadar berani memberi yang diumukan oleh Jabatan Pemilihan Pencalonan (JPP) maknanya KB ini menang tanpa bertanding sedangkan kami mempunyai calon yang asal daripada kawasan,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bersatu Perak, Saiful Adli Mohd Arshad, mengumumkan satu lagi bahagian yang menyaksikan jawatan ketuanya tidak ada pertandingan iaitu bahagian Ipoh Timor.

“Pada asalnya ada calon yang masuk bertanding, namun selepas disaring didapati ahli tersebut bukan daripada bahagian Ipoh Timor. Jadi ia menyebabkan ahli itu tidak layak untuk bertanding,” katanya semalam.

Ketua Bahagaian Bersatu Ipoh Timur, Nor Afzainizam Salleh diumumkan menang tanpa bertanding bersama-sama Ketua Bahagian Bersatu lain antaranya di Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, serta di Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");