Sukan Hari Ini

Messi Ledak Empat Gol, Levante Kejutkan Real

MADRID: Lionel Messi menjaringkan empat gol bagi membantu Barcelona merampas kedudukan teratas La Liga selepas Real Madrid dikejutkan dengan kekalahan di tangan Levante, awal pagi tadi – seminggu sebelum pertembungan El Clasico.

Mimpi ngeri Real ditambahkan lagi dengan berita kecederaan dialami Eden Hazard yang terpaksa dibawa keluar pada babak kedua dalam perlawanan yang menyaksikan pasukan itu tewas 0-1 di tangan Levante sekali gus belum pasti dapat diturunkan pada pertemuan dengan Manchester City untuk aksi Liga Juara-Juara, awal pagi Khamis ini.

“Ia tidak bagus,” kata jurulatih Real, Zinedine Zidane mengulas mengenai kecederaan dialami Hazard.

Sementara itu, Messi menamatkan kemarau jaringan dalam perlawanan dialaminya sebelum ini dengan meledak empat gol bagi membantu Barcelona menewaskan Eibar 5-0.

Penyerang sensasi Argentina itu menjaringkan gol pada minit ke-14, 37, 40 dan 87 sebelum Arthur Melo melengkapkan kemenangan The Catalan menerusi jaringannya pada lewat babak perlawanan.

Kemenangan itu menyaksikan Barcelona kembali ke tangga teratas liga, dua mata di depan Real menjelang pertembungan kedua-dua pasukan di Santiago Bernabue.

“Kami mengharungi masa yang baik musim ini dan sekarang adalah masa yang buruk,” kata Zidane.

“Kini, kami hanya mempunyai tempoh seminggu yang mana semuanya akan dipertaruhkan.” – AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");