Panasnya Hari Ini

Mesyuarat Pemimpin Tertinggi BERSATU Tamat Petang Tadi

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad sebentar tadi beredar meninggalkan ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tanpa temu bual dengan media.

Menurut BH Online, beliau meninggalkan Menara Yayasan Selangor yang menempatkan ibu pejabat parti itu pada kira-kira jam 2.50 petang.

“Tiada sebarang temu bual (media),” kata ringkas Perdana Menteri yang juga Pengerusi BERSATU itu sebelum beredar.

Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat pimpinan tertinggi BERSATU turut dihadiri pimpinan tertinggi BERSATU.

Petugas media sudah berkumpul sejak jam 9 pagi tadi bagi mendapatkan perkembangan terkini mesyuarat berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");