Perak Hari Ini

Miker Pizza Saji Makanan Barat Cita Rasa Tempatan

IPOH: Jika sudah puas menikmati nasi kandar dan secawan kopi di sekitar Bandaraya Ipoh, apa kata kali ini anda cuba pula menu-menu istimewa piza di ‘Miker Pizza’.

Terletak di Jalan Tun Sambanthan, di sini, berhampiran dengan Padang Ipoh, Miker Pizza menyajikan kepelbagaian jenis piza yang sesuai dengan cita rasa warga tempatan.

Mana tidaknya, Piza Crazee Meat, Chicken Supreme dan Ultimate Kampung merupakan antara menu piza yang menjadi pilihan pelanggan yang menggemari makanan Barat itu.

Kehadiran krew PerakToday ke Miker Pizza disambut mesra para pekerja di restoran tersebut selain mengesyorkan untuk memesan topping Ultimate Kampung dan Crazee Meat disajikan di atas satu kepingan piza yang sama.

Difahamkan para pelanggan turut boleh memilih mana-mana dua topping lain untuk turut disajikan sedemikian.

Selain kerangupan piza, bahan-bahan seperti keju mozarella yang dibakar bersama-sama cili padi, ikan bilis dan rempah ratus yang lain cukup membuatkan piza Ultimate Kampung mempunyai cita rasa tersendiri berbanding piza lain.

 

Sementara piza Crazee Meat pula disertakan bersama-sama daging pepperoni, daging salami dan bebola daging mampu menambat selera bagi sesiapa yang pertama kali menikmatinya.

Selain daripada itu, antara sembilan piza yang turut disajikan di Miker Pizza ialah Crazee Cheese, Beef Pepperoni, Hawaiian BBQ, Meat Ball Pizza, Vegan Pizza serta Spicy Tuna Pizza yang kesemuanya berharga antara RM15 sehingga RM30, mengikut saiz.

Pada masa sama, para pelanggan juga turut boleh merasai juadah sampingan seperti sup cendawan berserta roti bawang putih bersama-sama tiga pencuci mulut iaitu Nutella Moon Pie, Kinda Burnt Cheesecake dan Nutella Burnt Cheesecake.

Selain daripada menu-menu yang disajikan, suasana restoran yang selesa juga sudah pastinya menjadikan Miker Pizza sebagai salah satu ‘port lepak’ terbaik di Bandaraya Ipoh.

Mana tidaknya, baru-baru ini ia turut dijadikan sebagai salah satu lokasi pilihan penggambaran bagi sebuah drama bersiri tempatan untuk sebuah syarikat penyiaran swasta.

Miker Pizza beroperasi setiap hari bermula jam 12 tengah hari sehingga 11 malam.

Selain makan di restoran, menu-menu di Miker Pizza juga boleh dipesan menerusi aplikasi memesan makanan, RunnerMyRun dan Food Panda.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");