Membawang Hari Ini

Minta Maaf Demi Rezeki, Kemunculan Pak Ya Lepas Digam Bikin Riuh Sepahtu Reunion

Sepahtu Reunion yang bersiaran setiap hari Jumaat jam 9 malam di Astro Warna sememangnya ditunggu oleh setiap peminat sitkom bersahaja kumpulan pelawak tersebut.

Dalam episod pertama dan kedua, Sepahtu Reunion Live kelihatan sedikit ‘kosong’ apabila watak pentingya, Pak Ya tidak muncul.

Permohanan maaf secara terbuka

Hal ini berikutan Pak Ya didakwa telah melakukan lawak menyindir kerajaaan bersama kumpulan Rare dalam Final Maharajalawak Mega 2019 tempoh hari sehingga digam dari beraksi di MBSA.

Enggan mengeruhkan lagi keadaan dan sedar bahawa beraksi di kaca televisyen adalah sumber rezekinya, Pak Ya, Ropie dan Ajak Shiro telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka petang semalam.

Studio riuh sorakan sambut Pak Ya

Oleh sebab itu, kemunculan pertama Pak Ya dalam Sepahtu Reunion malam tadi telah membuatkan studio gamat kerana merindui lawak jenaka pelawak senior itu.

Tampil bersahaja dan terlihat sedikit terharu mendengar sorakan penonton, penampilan Pak Ya betul-betul membuatkan semua tak kering gusi.

Betapa ramai yang rindu Pak Ya

Sehubungan dengan itu, menerusi Instagram sumber, rata-rata peminat Pak Ya dan juga kumpulan Sepahtu berasa teruja dan gembira diatas kembalinya Pak Ya di kaca televisyen.

Mereka juga turut mengakui bahawa Pak Ya adalah pelengkap dalam kumpulan lawak tersebut bagi memeriahkan lagi sitkom kegemaran semua.

Nampak muka Pak Ya sebak

Padu  beb Pak Ya Masuk

Sumber : Zon lawak

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");