Sukan Hari Ini

Misbun Galas Tugas Pengarah Pembangunan Remaja

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM), hari ini secara rasminya mengumumkan pelantikan Datuk Misbun Sidek sebagai Pengarah Pembangunan Remaja Kebangsaan berkuatkuasa serta-merta.

Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, berkata Misbun diberi tempoh dua bulan bagi mengemukakan cadangan mengenai struktur baharu yang diperlukannya membabitkan program skuad remaja negara.

“Ini adalah tanggungjawab besar buat Misbun.

“Kami memberikan beliau mandat untuk membuat penilaian mengenai struktur yang ada ketika ini dan selepas tempoh itu beliau akan cadangkan struktur baharu bagi program pemain remaja.

“Selepas itu, baru kami akan tetapkan KPI (Petunjuk Prestasi Utama) kepada Misbun dan pasukannya,” kata Norza ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan BAM di Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara.

Norza turut memaklumkan, tempat Misbun yang sebelum ini memikul peranan sebagai ketua jurulatih perseorangan lelaki akan diambil alih jurulatih dari Indonesia, Hendrawan.

Sementara itu, Misbun menggangap ia adalah cabaran baharu buat dirinya tetapi dalam masa yang sama mengakui ia tanggungjawab yang berat.

“Saya memerlukan masa satu atau dua bulan untuk melihat tentang permasalahan yang ada. Mungkin dari aspek modul, teknikal atau jurulatih.

“Jadi, saya perlu masa sedikit sebelum membuat keputusan mengenai struktur baharu yang akan diketengahkan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");