Membawang Hari Ini

Netizen Lancar Petisyen Boikot Nur Sajat

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai usahawan kosmetik, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang berpakaian wanita serta lengkap bertelekung menunaikan umrah sekaligus mengundang kecaman hebat masyarakat.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata kes berkenaan hanyalah satu isu kecil dan enggan mengulas lanjut mengenai tindakan yang akan diambil terhadap Sajat.

Susulan itu, di media sosial hangat diperkatakan mengenai satu petisyen yang diwujudkan di ruangan change.org memboikot Nur Sajat dan perniagaannya. Setakat ini, lebih 11 ribu orang sudah menandatangani petsiyen tersebut.

Petisyen itu diwujudkan berikutan tindakan Sajat yang mempermainkan agama di Tanah Suci, Mekah serta mahukan tindakan ke atasnya diambil oleh kerajaan Malaysia.

Terdahulu, Sajat memaklumkan dia bersedia bertemu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi menyelesaikan isu identitinya. Ujarnya, bukannya dia tidak mahu membuat pemeriksaan perubatan di hospital tetapi dia tidak diberikan sebarang surat sokongan daripada JAKIM.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");