Sukan Hari Ini

Neymar Tayang Rambut Baharu

LONDON: Neymar memakai jersi Kobe Bryant sebagai penghormatan kepada legenda NBA itu dengan dia turut menggayakan potongan rambut baharu berwarna merah jambu.

Penyerang Paris Saint Germain (PSG) itu memanaskan badan sebelum perlawanan menentang Montpellier dengan memakai jersi bernombor 24 disamping tulisan nama Bryant.

Bryant maut dalam nahas helikopter yang turut meragut nyawa anak perempuannya, Gianna Bryant selain tujuh lagi individu, minggu lalu.

Pada malam insiden itu berlaku, PSG beraksi menentang Lille dalam saingan Ligue 1 dan selepas Neymar menyempurnakan sepakan penalti, dia mendedikasikan jaringan itu buat legenda LA Lakers berkenaan.

Sejak itu, Neymar, 27, memutuskan untuk mewarnakan rambutnya dengan warna merah jambu dan peminat agak terkejut dengan tindakan drastik itu. – AGENSI

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");