Perak Hari Ini

Pakai Mask Atau Tidak? Kajian Awam Biarlah Munasabah

IPOH- Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye mengingatkan masyarakat supaya tidak menentukan sebarang keputusan berkaitan masalah kesihatan melalui pandangan awam.

Katanya, terdapat pelbagai kajian yang dibuat di negara ini tetapi melalui cara mendapatkan pandangan awam bagi menetapkan dasar berkenaan kesihatan ianya tidak boleh digunapakai.

Menurut beliau, terdahulu terdapat satu kajian oleh satu stesyen televisyen yang mengambil pandangan daripada orang ramai sama ada perlu memakai topeng penutup muka atau tidak.

“Memang kita tahu ada banyak kajian dibuat tetapi untuk menetapkan dasar awam, kita tidak boleh menggunapakai pandangan sedemikian.

“Sebagai contoh, jika seseorang itu mempunyai sakit jantung, adakah individu tersebut akan bertanyakan pandangan umum sama ada perlu membuat ‘ballon enjo plastic’ ataupun ‘heart bypass operation’.

“Sudah tentu tidak kerana individu tersebut akan mendapatkan pandangan daripada pakar jantung” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Jamuan Tahun Baru Cina 2020 di Hotel Syuen di sini, hari ini.

Kata Lee, dalam dasar-dasar sedemikian, kita seharusnya dengar pandangan daripada pakar daripada penyakit berjangkit, pakar-pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sama ada kita perlu memakain mask atau tidak di Malaysia khusunya.

“Pada pandangan saya, jika kita ingin membuat kajian biarlah munasabah.

“Bukan semua kajian dan pandangan orang ramai boleh digunapakai sebagai penentuan dasar kerana ianya mesti munasabah dan berasas mengikut bukti-bukti saintifik,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");