Perak Hari Ini

Pampasan Pekerja MAPS Dimaklumkan Kemudian

TAPAH- Pampasan kepada 265 orang pekerja yang diberhentikan berhubung notis penutupan Movie Animation Park Studios (MAPS) akan dimaklumkan kemudian.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, setakat ini kerajaan negeri masih belum berkesempatan untuk mengadakan perjumpaan bersama pihak pengurusan bagi membincangkan hal berkenaan.

“Saya tak tahu. Perkara tersebut belum dimaklumkan.

“Saya belum berjumpa dengan pihak pengurusan, selepas berjumpa dengan mereka saya akan memaklumkan kepada media,” katanya kepada media berhubung isu pekerja MAPS yang diberhentikan serta merta pada 28 Januari.

Ahmad Faizal bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai penutupan taman tema tersebut.

Beliau berkata demikian selepas hadir ke Majlis Sambutan Tahun Baru 2020 Dun Cenderiang di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Waytha Moorthy.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");