Panasnya Hari Ini

PAS Tarik Balik Sokongan Kepada Dr Mahathir

MARANG: PAS menarik balik sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjadi Perdana Menteri kelapan.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata ia berikutan Perdana Menteri Interim sudah kehilangan sokongan daripada Pakatan Harapan (PH) dan UMNO.

“Kita pernah bercadang membuat usul percaya kepada Tun (Dr Mahathir) di Dewan Rakyat tetapi tidak mendapat respons positif daripada DAP, PKR dan UMNO.

“Justeru, lebih baik serahkan kepada rakyat untuk pilihan raya umum (PRU) sebab kecelaruan politik.

“PAS juga bersedia jika pilihan raya diadakan pada bila-bila masa,” katanya ketika ditemui selepas kuliah duha di Masjid Rusila, di sini, hari ini, lapor BH Online.

Ketika ditanya sama ada terdapat usaha membeli undi daripada mana-mana parti, Abdul Hadi menegaskan, rakyat perlu diberi mandat untuk memilih melalui PRU.

“Baik serahkan kepada rakyat. Kalau hendak beli, beli undi rakyat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");