Berita Hari Ini

PDRM Akan Terus Pantau Perkembangan Politik Negara

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memantau perkembangan politik tanah air di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata PDRM sentiasa bersiap-sedia untuk mengekalkan keamanan dan ketenteraman negara ini.

Beliau berkata, semua pihak dan orang ramai perlu menghayati dan menghormati sepenuhnya proses demokrasi negara ini.

“Ini adalah untuk memastikan agar hak pelbagai kebebasan yang termaktub dalam Perlembagaan dijaga sebaik-baiknya.

“Keamanan serta ketenteraman dalam negara amat penting dipelihara setiap masa,” katanya kepada Bernama hari ini.

Ditanya mengenai keadaan keselamatan negara ketika ini, beliau berkata setakat ini keadaan seluruh negara aman dan tenteram.

“PDRM sentiasa bersiap-sedia untuk mengekalkan ketenteraman, InsyaAllah,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");