Berita Hari Ini

Pejabat KM Nafi Pegawai Audit Siasat Dokumen Berkaitan Guan Eng

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang menafikan bahawa pegawai audit didakwa menyiasat dokumen berkaitan dengan bekas ketua menteri Lim Guan Eng.

“Setakat ini, kami tidak mempunyai pelawat (pegawai audit) seperti didakwa,” kata Setiausaha Akhbar Ketua Menteri, Chow Kon Yeow – Yap Lee Ying.

Apabila ditanya, Chow mengulangi komen Yap.

Sementara itu, sumber dari Kementerian Kewangan berkata tuduhan itu mungkin “berita palsu.”

“Kenapa juruaudit hanya siasat Lim dan bukannya ketua menteri atau menteri besar lain?” soal sumber itu.

Mereka mengulas hantaran di Facebook oleh bekas Ahli Parlimen Jelutong DAP, Jeff Ooi, yang mengatakansekaeang adalah “musim untuk laporan Jabatan Ketua Audit Negara.”

Dia mendakwa Jabatan Ketua Audit Negara sedang menyusun “forensik untuk laporan Siri # 1” untuk dibentangkan di Parlimen semasa sidang kedua yang dijadualkan pada 20 Julai hingga 27 Ogos.

“Ada yang beritahu kakitangan AG berada di tingkat 28 Komtar beberapa hari-hari kebelakangan ini, kononnya menyiasat ‘projek yang dimulakan oleh ketua menteri sebelum ini’.

“Saya, tertarik dengan pelaksanaan projek untuk tiga jalan selari / jalan pintasan dan terowong bawah laut,” katanya.

Melabelnya sebagai projek “raksasa”, Ooi mendakwa bahawa projek terowong bawah laut itu telah dianugerahkan kepada syarikat yang kekurangan modal.

Projek kontroversi RM6.3 bilion itu menyaksikan pengarah projek konsesi disiasat oleh SPRM. Manakala beberapa eksekutif utama ditahan buat sementara waktu.

Lim, yang kini adalah menteri kewangan, sering menjadi sasatran, terutama oleh NGO yang mempersoalkan daya maju projek itu memetik MKini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");