Perak Hari Ini

Perak Sedia Kongsi Pengalaman Anjur Sukma Kepada Johor

IPOH: Kerajaan Perak bersedia memberi bantuan dari segi bentuk nasihat dan perkongsian pengalaman kepada Johor yang menjadi tuan rumah kepada acara Sukan Malaysia (Sukma) edisi ke-20 pada tahun ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata ia supaya Johor dapat menganjurkan temasya sukan dwi tahunan itu dengan lebih baik daripada edisi lepas.

“Selaku tuan rumah Sukma edisi lalu, kita bersedia memberikan bantuan kepada Johor dari bentuk nasihat.

“Ia supaya apa juga kekurangan yang pernah kita alami semasa menganjurkan Sukma Edisi Ke-19 tidak lagi berulang

“Saya percaya Johor telah mengambil iktibar dari penganjur-penganjuran Sukma edisi-edisi lalu bagi memastikan Sukma edisi tahun ini adalah yang terbaik,” katanya.

Selain itu, beliau turut mengumumkan bahawa Perak turut ada memberi bantuan dari bentuk pinjaman peralatan-peralatan sukan kepada Johor.

“Kita ada juga memberi bantuan dari segi pinjaman peralatan kepada Johor. Ia dilakukan atas dasar hubungan baik antara dua kerajaan negeri,” ujarnya.

Difahamkan antara peralatan sukan yang dipinjamkan kepada Sekreteriat Sukma Johor 2020 ia termasuk peralatan sukan judo, gimrama dan angkat berat.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menerima watikah jemputan rasmi ke Sukma Johor 2020 dari Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, hari ini.

Terdahulu semasa sesi taklimat berlangsung, ketika dalam ucapan, Ahmad Faizal ada menyentuh tentang isu penginapan kontinjen Sukma sewaktu Perak menjadi tuan rumah acara pada tahun 2018.

Katanya Perak menghadapi cabaran dalam menguruskan isu tersebut namun akhirnya ia berjaya diselesaikan.

Dalam pada itu, Sahruddin berkata Perak merupakan negeri kedua selepas Kedah yang menerima kunjungan delegasi Johor dalam penyerahan watikah jemputan rasmi ke temasya sukan dwi tahunan itu.

Katanya lagi selain Sukma 2020, pada tahun ini juga Johor turut melancarkan kempen Tahun Melawat Johor yang mana beliau berharap negerinya akan menerima kedatangan pelbagai pelancong dalam dan luar negara.

Acara Sukma Johor akan berlangsung dari 11 hingga 19 Julai ini dan ia melibatkan 39 lokasi acara di tiga daerah iaitu Johor Bahru, sebagai hab utama, Kota Tinggi dan Muar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");