Membawang Hari Ini

Perangi Coronavirus, Bintang HK Derma RM5.8 juta

KUALA LUMPUR: Bintang terkenal Hong Kong, Louis Koo menderma RM5.8 juta kepada sebuah pertubuhan di Wuhan, China bagi memerangi coronavirus (2019-nCoV).

Aktor yang popular dengan drama bersiri At The Threshold of an Era itu membiayai kos membeli kelengkapan perubatan menangani virus berkenaan, lapor agensi.

Koo yang dilantik sebagai Duta Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dikenali sebagai dermawan dan insan pemurah.

Aktor berusia 49 tahun itu mula aktif dalam kerja kebajikan sejak gempa bumi melanda wilayah Sichuan pada 2008.

Sejak itu, Koo dikatakan menyumbang dalam projek pembinaan 100 sekolah, 18 klinik dan 750 projek saluran air di kawasan pedalaman di China.

Mengimbau perjalanan hidupnya, Koo dilaporkan mula bekerja pada usia 15 tahun. Pada usia 18 tahun, dia terbabit dengan kes rompakan sehingga merengkuk di penjara selama 22 bulan.

Namun, Koo insaf dan meneruskan hidup bekerja sebagai pengawal keselamatan serta pelayan kedai makanan segera, sebelum bergelar artis. – Agensi

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");