Perak Hari Ini

Persembahan Atas Pentas Terapung Antara Tarikan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Perak Kali Ini

IPOH: Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Perak bakal diadakan di Taman Eco Park 1, Bandar Seri Botani, dekat sini pada Khamis ini bakal diisi dengan pelbagai persembahan dan tarikan kebudayaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Tan Kar Hing berkata majlis yang bertemakan ‘Sama-Sama Gong Xi’ itu diadakan bercorak karnival tepi tasik atau ‘lakeside carnival’.

“Berbeza dengan siri sambutan sebelum ini, pada kali ini majlis akan berkonsepkan ‘lakeside carnival’ dan karnival jalanan.

“Ia terdiri dengan beberapa persembahan di tiga pentas iaitu pentas utama, pentas terapung di atas air, dan pentas mini.

“Lebih daripada 50 pengisian termasuk bengkel kebudayaan dan kesenian, persembahan pentas oleh pelbagai kaum, ‘photobooth dan ‘pokok hajat’,” katanya.

Difahamkan antara persembahan yang berlangsung di atas pentas terapung itu ialah Opera Cina, persembahan busker, persembahan muzik serta teater drum.

Tambah Kar Hing lagi antara persembahan lain yang bakal berlangsung ialah tarian singa, tarian naga lampu LED, tarian ikan Pulau Pangkor, persembahan silap mata dan sebagainya.

Menurutnya sebanyak lima zon akan dibahagikan di kawasan seluas 52 ekar itu iaitu antaranya zon pentas utama, zon pentas mini dan bengkel, zon makanan, serta zon selfie.

“Bagi memberi laluan kepada kerja-kerja persiapan majlis ini, Eco Park 1 telah ditutup sementara sejak minggu lepas. Kerja-kerja itu termasuk dengan pemasangan lampu hiasan, dekorasi dan kerja-kerja lojistik yang lain.

“Pada sama, kita juga sedang giat menyediakan kawasan ruang parkir yang baharu di luar taman ini yang dijangkakan dapat memuatkan 1,000 kereta,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata sebanyak dua shuttle akan disediakan bagi memudahkan pergerakan para pengunjung dari ruang parkir sehingga ke lokasi acara.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sesi lawatan kerjanya meninjau persiapan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri di Taman Eco Park 1, Bandar Seri Botani, dekat sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah Tourism Perak, Zuraida Md Talib.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");