Berita Hari Ini

Pesawat Khas Misi Bawa Pulang Rakyat Berlepas ke China

PESAWAT khas untuk misi membawa pulang rakyat Malaysia, pasangan dan anak-anak mereka di Wuhan berikutan penularan novel koronavirus 2019, berlepas ke China petang tadi.

Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata pesawat AirAsia AK8264 itu berlepas kira-kira pukul 3.50 petang bersama dengan 12 krew dan lapan petugas misi daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (Klia2) ke Wuhan, China untuk membawa pulang 141 rakyat Malaysia termasuk pasangan dan anak.

“Penerbangan ini juga  membawa bersama 500,000 pasang sarung tangan getah sebagai sumbangan kepada kerajaan China dalam operasi membanteras penularan 2019-nCoV di negara itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankausa Pengurusan Bencana Pusat itu berkata kesemua 141 penumpang ini akan melalui tapisan kesihatan mengikut ketetapan pihak penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tianhe Wuhan sebelum dibenarkan memasuki pesawat untuk berlepas balik ke Malaysia.

Bagaimanapun, tegasnya, tempoh masa yang diambil untuk tapisan kesihatan, proses imigrasi dan kebenaran berlepas tidak dapat dipastikan buat masa ini.

Dr Wan Azizah menjelaskan, sebaik tiba di Malaysia, kesemua 167 penumpang (141 yang dibawa pulang, 12 krew, lapan petugas misi dan enam pegawai daripada Kedutaan Besar Malaysia di Beijing) sekali lagi akan melalui tapisan kesihatan di Air Disaster Unit (ADU), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Bagi mereka yang dikesan mempunyai simptom akan dibawa terus ke hospital manakala yang melepasi saringan akan dibawa terus menaiki bas ke Pusat Pemantauan yang telah ditetapkan untuk tujuan pemantauan bagi tempoh 14 hari.

“Nadma akan berhubung (dengan) keluarga mereka untuk memaklumkan urusan penerbangan pulang dan memberi penerangan berkaitan proses kuarantin yang perlu dilalui ahli keluarga mereka sepanjang 14 hari,” tambahnya. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");