Panasnya Hari Ini

Pimpinan Pembangkang Ditahan Ganggu Makan Malam Syed Saddiq, Kata Sumber

PETALING JAYA: Seorang daripada 3 lelaki yang ditahan atas dakwaan mencetuskan provokasi dan kekecohan ketika Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman makan malam di sebuah restoran minggu lalu memegang jawatan kepimpinan dalam sebuah parti pembangkang, seorang sumber memberitahu FMT.

“Beliau ialah pemimpin Pemuda bahagian Pasir Gudang parti itu,” kata sumber yang enggan dinamakan.

Tetapi, katanya, 2 lagi suspek tiada kaitan dengan parti itu.

Bagaimanapun, menurut laporan, FMT sudah menghubungi polis untuk mendapatkan pengesahan dan masih menunggu respons.

Syed Saddiq sedang makan malam di sebuah restoran di Ulu Tiram, Johor Bahru pada Jumaat malam lalu apabila sekumpulan individu memulakan kekecohan dan mengeluarkan kata-kata kesah kepadanya.

Katanya, beliau dan 2 lagi pemimpin PPBM terpaksa meninggalkan restoran itu melalui jalan belakang.

Ibu bapanya, Exco Melaka, Mohd Rafiq Naizamohideen, Adun Puteri Wangsa, Mazlan Bujang dan beberapa ahli PPBM serta keluarga mereka turut makan malam bersamanya.

Polis sedang menyiasat kes itu di bawah Kanun Keseksaan kerana memulakan provokasi, serangan dan menakutkan seseorang secara jenayah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");