Perak Hari Ini

Pizza Hut Didenda RM25 Ribu, Bayar Pampasan RM15 Ribu Selepas Pekerja Cacat Kekal

IPOH- Sebuah syarikat makanan segera didenda sebanyak RM25,000 dan membayar pampasan sebanyak RM15,000 selepas didapati cuai sehingga menyebabkan pekerjanya mengalami kecacatan kekal ketika berkerja.

Pizza Hut Restaurants Sdn Bhd, sebagai majikan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak selepas berdepan pertuduhan di bawah

Seksyen 15 (1) Akta Keselamatan dan Kesahihan Pekerjaan 1994.

Berdasarkan fakta kes, Restoran Pizza Hut Batu Gajah didapati gagal mengadakan sistem kerja selamat sehingga menyebabkan pekerjanya warga tempatan berusia 20 tahun mengalami hilang upaya kekal iaitu “brain death” akibat daripada renjatan elektrik.

Mangsa, Muhammad Hafizzudin Redzuan, 21 seorang pekerja penghantar makanan di restoran tersebut dilaporkan telah mengalami renjatan elektrik ketika menolong rakan sekerja mencuci ice-maker. Kemalangan tersebut berlaku ketika mangsa sedang memegang kabel di belakang mesin untuk membetulkan kabel tersebut.

Akibat terkena renjatan elektrik, mangsa telah terjatuh ke lantai dan tidak sedarkan diri, mulut mangsa berbuih dan darah keluar melalui hidung mangsa. Mangsa telah dibawa untuk mendapat rawatan di Hospital Batu Gajah dan seterusnya dirujuk untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Pengarahnya, Lee Weng Hua telah mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Norashima Khalid.

Hakim kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM25,000 atau enam bulan penjara jika denda gagal dibayar manakala pampasan kepada keluarga mangsa sebanyak RM15,000.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa JKKP Perak, Rashidah Hamdan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");