Sukan Hari Ini

PSG Menang, Neymar Dibuang Padang

EDINSON Cavani menjaringkan gol pada penampilan ke-200 bersama Paris Saint-Germain (PSG) dan Marquinhos menyumbang dua gol ketika pendahulu Ligue 1 itu menewaskan Bordeaux 4-3 hari ini, namun kemenangan mereka dicemari insiden Neymar dibuang padang pada lewat permainan.

Selepas tewas 1-2 kepada Borussia Dortmund pada pusingan kedua Liga Juara-Juara, kelemahan pertahanan PSG sekali lagi terserlah selepas pemain antarabangsa Korea Selatan, Hwang Ui-jo meletakkan Bordeaux di depan di Parc des Princes.

Bagaimanapun Cavani berjaya menyamakan kedudukan untuk PSG minit ke-25 sebelum Marquinhos menambah dua gol lagi pada masa kecederaan babak pertama serta di minit ke-63.

Kylian Mbappe menambah gol keempat minit ke-69 selepas Pablo dan Ruben Pardo merapatkan jurang untuk Bordeaux.

Namun ketika PSG hampir meraikan kemenangan, Neymar di buang pada pada masa kecederaan selepas menerima kad kuning kedua kerana mengasari pemain Bordeaux, Yacine Adli sekali gus menyaksikan pemain termahal dunia itu berdepan hukuman penggantungan perlawanan.

Ia bakal mencetuskan masalah kepada pengendali PSG, Thomas Tuchel walaupun kelabnya kini selesa dengan kelebihan 13 mata di tangga teratas Ligue 1.

“Dia seorang manusia biasa juga yang berasa marah. Lawan yang mengasarinya tidak pula dikenakan tindakan.

“Kami sudah melepaskan tujuh gol daripada dua perlawanan terakhir dan ia bukanlah sesuatu yang normal. Sukar untuk mendapatkan keyakinan semula tetapi yang penting untuk kami adalah dapat mencatatkan kemenangan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");