Panasnya Hari Ini

Rais Yatim Kekal Ketua Bahagian Jelebu

SEREMBAN – Pengerusi Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan, Tan Sri Dr Rais Yatim mengekalkan jawatan sebagai Ketua Bersatu Bahagian Jelebu bagi sesi 2020 pada pemilihan kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Negeri, Datuk Zakaria Md Yusof berkata, Rais mengalahkan pencabarnya, ahli perniagaan Datuk Amran Sameon.

“Tan Sri Rais mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Bahagian Jelebu bagi sesi baharu. Sebelum ini tiada pertandingan dan beliau memang dipilih sebagai Ketua Bahagian,” katanya sebagaimana dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Zakaria berkata, keseluruhan perjalanan pemilihan dan mesyuarat bagi 28 cawangan dalam bahagian Jelebu yang berlangsung semalam berjalan lancar.

Bersatu Negeri Sembilan yang mempunyai lapan bahagian iaitu Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Port Dickson, Tampin, Rasah, Seremban dan Rembau akan menjalankan sesi pemilihan secara berperingkat bermula di Jelebu diikuti Port Dickson dan Tampin, dijangka pada minggu akan datang.

Di peringkat cawangan, persidangan dan pemilihan bermula semalam dan akan berakhir pada 29 Mac depan.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Bersatu Negeri Sembilan, Datuk Eddin Syazlee Shith sebelum ini turut mengesahkan akan mempertahankan jawatan Ketua Bahagian Bersatu Kuala Pilah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");