Panasnya Hari Ini

Rais Yatim Kekal Ketua Bersatu Bahagian Jelebu

Pengerusi Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan Dr Rais Yatim diumumkan sebagai Ketua Bersatu Bahagian Jelebu bagi sesi 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Negeri Zakaria Md Yusof berkata melalui keputusan itu, Rais mengekalkan jawatannya pada pemilihan yang berlangsung semalam.

Rais mengalahkan pencabarnya, Amran Sameon, yang merupakan ahli perniagaan.

Sementara itu, Zakaria berkata keseluruhan perjalanan pemilihan dan mesyuarat bagi 28 cawangan dalam bahagian Jelebu yang berlangsung semalam, berjalan lancar.

Bersatu Negeri Sembilan, yang mempunyai lapan bahagian iaitu Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Port Dickson, Tampin, Rasah, Seremban dan Rembau, akan menjalankan sesi pemilihan secara berperingkat bermula di Jelebu diikuti Port Dickson serta Tampin.

Di peringkat cawangan, persidangan dan pemilihan bermula semalam dan akan berakhir pada 29 Mac depan.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Bersatu Negeri Sembilan Eddin Syazlee Shith sebelum ini turut mengesahkan akan mempertahan jawatan Ketua Bersatu Bahagian Kuala Pilah.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");