Sukan Hari Ini

Rivera ‘Raja’ Genting Highlands

GENTING HIGHLANDS: Pelumba Androni Giocattoli Sidermec, Kevin Rivera menakluk Peringkat 4 PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 dari Putrajaya ke Genting Highlands, sebentar tadi.

Rivera menamatkan perlumbaan sejauh 156.1 kilometer (km) yang paling mencabar dan dinanti-nantikan setiap pelumba dan dikenali sebagai saingan “queen stage” itu dengan catatan empat jam 18 minit 55 saat (s).

Danilo Celano (Team Sapura Cycling) pula menamatkan saingan di puncak Genting setinggi tinggi 1650 meter (m) itu di tangga kedua sekali gus menyarung Jersi Kuning PETRONAS, selaku pendahulu keseluruhan.

Artem Ovechkin yang mewakili Terengganu Cycling Team (TSG) melengkapkan pentas podium dengan catatan 4:19:38s.

Rakan sepasukan Celano, Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff turut cemerlang, mengekalkan jersi merah (Raja Bukit) apabila berjaya mengumpul mata di tiga daripada lima zon pendakian.

#PETRONASLTDL2020 #PengejarImpian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");