Panasnya Hari Ini

Rosmah Arah Jangan Lengahkan Urusan Projek Solar – Mahdzir

KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor mengarahkan bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid untuk tidak melengahkan urusan projek solar hibrid dan mengikut arahan minit oleh Datuk Seri Najib Razak.

Mahdzir berkata, arahan itu dibuat ketika Rosmah menghubunginya pada 22 Disember 2016.

“Saya ingat lagi apabila menjawab panggilan berkenaan, Rosmah memberitahu saya bahawa beliau hanya menolong Cikgu Aazmey (bekas Pengarah Jabatan Pelajaran Pahang, Datuk Aazmey Abu Talib) dalam projek solar hibrid.

“Secara tiba-tiba Rosmah cakap sedemikian dengan saya dan juga memberitahu untuk menuruti saja arahan minit Najib,” katanya, sebagaimana dilaporkan BH Online.

Mahdzir berkata demikian dalam perbicaraan kes rasuah isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung projek tenaga solar di sekolah luar bandar Sarawak di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan

Mahdzir saksi kelima pendakwaan, berkata beliau tidak mempunyai keraguan bahawa Rosmah terbabit menolong Saidi Abang Samsudin (Pengarah Urusan JEPAK) untuk mendapatkan projek solar hibrid daripada Kementerian Pendidikan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");