Membawang Hari Ini

Sajat Tukar Identiti Bila Sampai Tanah Suci

KUALA LUMPUR – Agensi pelancongan Albayt Travel Sdn Bhd yang membawa Nur Sajat mengerjakan umrah mendakwa usahawan kontroversi itu berpakaian lelaki semasa proses perlepasan di lapangan terbang.

Kemudiannya beliau ‘bertukar’ identiti menjadi ‘wanita’ semula sebaik sahaja sampai ke Tanah Suci.

“Untuk perjalanan keluarga Sajat ??tunaikan umrah. Kami di Albayt Travel hanya bantu permudah urusan umrah dengan saranan supaya ikut garis panduan yang telah ditentukan.

“Sekiranya lelaki semestinya dengan penampilan lelaki sebaliknya untuk perempuan. Jadi, sepanjang perlepasan semuanya mengikut garis panduan yang ditetapkan.

“Cuma sebaliknya berlaku bila di sana (Tanah Suci). Kita sama-sama doakan supaya Sajat dan yang bersamanya dapat hidayah dari Allah,” respon syarikat berkenaan.

FB_IMG_1580643311519Media hari ini melaporkan Nur Sajat menunaikan ibadah umrah di Mekah dengan memuat naik gambar bertelekung bersama keluarga dan rakan-rakannya di Instagram.

Dalam pada itu, Ahki Fairuz mempersoalkan visa yang diberikan terhadap beliau.

Jelasnya sekiranya lelaki, maka perlulah berpakaian sebagai lelaki di Tanah Suci.

“IC (kad pengenalan) lelaki, pasport lelaki. Jadi, visa  pun mestilah lelaki juga kan. Boleh jadi pakai jubah lelaki, sarung kepala dengan serban macam Arab sampai lepas imigresen di sana.

“Sampai tanah haram tukar pakai telekung. Kemudian tangkap gambar, di atas insta. Itu pendapat sayalah,” katanya di Twitter.

FB_IMG_1580643306420-1Atas kemusykilan itu, beliau ada bertanya kepada pegawai Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri untuk kepastian.

“Katanya, mutawwif yang bakal bawa dia ada panggilan minta pendapat. Di pihak mufti jelas, boleh ibadah, dengan syarat berpakaian lelaki dan ibadat cara lelaki. Tup tup dia menyiarkan gambar bertelukung,” katanya. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");