Berita Hari Ini

Sekat Kemasukan Pelancong China: Kerajaan Nilai Situasi COVID-19 Dahulu

PUTRAJAYA – Kerajaan akan menilai situasi semasa wabak COVID-19 di China sebelum membuat sebarang keputusan mengenai kemasukan pelancong dari negara itu ke Malaysia, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata jangkitan COVID-19 masih terkawal di negara ini.

“Kita masih belum yakin yang kita telah sampai kemuncak dari segi risiko virus (COVID-19). Kita sedang mengawasi keadaan sebelum membuat keputusan mengenai pelancong China yang datang ke Malaysia,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini pada Jumaat, lapor Bernama.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad kelmarin dilaporkan berkata mesyuarat Kabinet pada Rabu ada membincangkan cadangan untuk melarang pelancong dari China buat sementara waktu.

Jumlah terkini kes jangkitan COVID-19 di Malaysia adalah 22 kes dengan 17 telah dibenarkan pulang manakala lima kes masih dirawat,

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");