Sukan Hari Ini

‘Selamat Datang Ke Anfield! Ia Belum Berakhir’

LONDON: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menjangkakan suasana berbeza di Anfield akan membantu pasukannya pada pusingan kedua kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara berdepan Atletico Madrid selepas kekalahan pertama 1-0 di ibu kota Sepanyol hari ini.

Jaringan awal Saul Niguez memberikan Liverpool hanya kekalahan kedua sepanjang musim ini dalam semua kejohanan dengan skuad utamanya.

Penyandang gelaran itu kecewa dengan tuan rumah kerap ‘berlakon’ selain persembahan kurang meyakinkan pengadil Poland, Szymon Marciniak ketika bos Atletico, Diego Simeone membuatkan penonton di Wanda Metropolitano menjadi ‘gila’.

“Wow, tenaga itu hebat!” kata Klopp kepada BT Sport apabila ditanya mengenai tindakan Simeone di garisan gol, lapor BH Online yang memetik AFP.

“Sejujurnya saya rasa saya tidak akan berlebihan seperti itu (pada pusingan kedua), saya harap akan lebih fokus terhadap perlawanan.

“Orang kami akan bersedia. Selamat datang ke Anfield! Ia belum berakhir.”

Klopp menggantikan Sadio Mane pada babak pertama dengan pemain Senegal itu berisiko dibuang padang ketika pemain Atletico meminta Marciniak melayangkan kad kuning kedua sebelum rehat.

“Dia menjadi sasaran, itu jelas,” kata Klopp.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");