Perak Hari Ini

Sertai Koperasi Nikmati Manfaat Menarik

Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Bhd (KAKIB) menyediakan pelbagai manfaat khususnya kepada anggotanya yang terdiri daripada penjawat awam iaitu kakitangan kerajaan dan badan berkanun.

Pengurusi KAKIB, Khairul Anuar Mohd Nor berkata, matlamat penubuhan koperasi berkenaan adalah untuk kebajikan anggotanya yang mana terdapat banyak keistimewaan.

Katanya, KAKIB masih mengekalkan teras perniagaannya iaitu pemberian kredit yang mana sehingga kini pembiayaan diberikan kepada anggota telah memberi untung bersih sebanyak RM6.9 juta pada 2019.

“Di KAKIB kita tidak memberi dividen seperti jumlah yang diberikan oleh pihak bank memandangkan keuntungan jauh lebih tinggi tetapi pihak koperasi KAKIB memberi dividen yang baik berbanding koperasi lain jika digabungkan dari beberapa kaedah nilainya sebanyak 18%.

“Kita mempunyai pemberian dividen melalui yuran di mana pada tahun lalu diveden diberikansebanyak 7.1 peratus, dividen atas syer dengan tetap sebanyak 8 peratus dan dividen atas simpanan khas sebanyak tiga peratus yang mana diberikan kepada anggota kita,” katanya.

Menurut Khairul Anuar, KAKIB menawarkan pelbagai manfaat kepada anggota-anggotanya seperti derma pelajaran, khairat kematian dan pelbagai lagi.

“Matlamat penubuhan koperasi adalah untuk kebajikan anggota seperti pemberian dividen malahan di koperasi kita juga menubuhkan tabung kepada anggota termasuk saguhati kepada anggota bersara melalui beberapa syarat yang perlu dipatuhui.

“Malahan khairat kematian turut diberikan kepada anggota serta ahli keluarga, seterusnya pendidikan anggota iaitu penyediaan kursus dan lawatan sambil belajar serta derma pelajaran untuk anak-anak anggota yang ingin menyambung pelajaran yang mana ianya akan diberi sehingga ke tahap diploma,” katanya.

KAKIB merupakan sebuah koperasi yang telah beroperasi sejak 1923 dan merupkan antara koperasi yang lama di Malaysia.

Selain itu katanya, KAKIB turut menjalankan perniagaan bidang Pajak Gadai Islam Ar Rahnu di mana ianya terbuka kepada orang awam dengan upah simpanan yang tetap iaitu RM0.80 bagi RM100 dengan margin yang diberikan kepada penggadai sehingga 80 peratus daripada nilai marhun.

“Sehingga tahun 2019, transaksi melibatkan Ar-Rahnu menghampiri RM2 juta dan ianya merupakan dorongan untuk koperasi membangunkan Ar-Rahnu KAKIB yang kedua.

“Pada tahun 2018, KAKIB telah menubuhkan satu agensi pelancongan iaitu Kakib Safar Travel & Tours (KSTT) yang menjalankan perniagaan pelancongan di mana pada awalnya menfokuskan pakej Umrah kepada kakitangan kerajaan, anggota dan orang luar tetapi yang menariknya anggota KAKIB diberikan keistimewaan dari segi pemberian potongan harga.

“Bagi pelancongan khusus kepada pakej Umah, pihak KAKIB menjamin setiap jemaah yang mendaftar akan pergi dan yang lebih menarik, anggota KAKIB akan diberikan diskaun tertentu termasuk pelancongan ke destinasi lain malahan boleh membuat pinjaman pembiayaan dengan KAKIB bagi mengerjakan Umrah,” katanya.

Tambah beliau, selain dari pemberian pinjaman, Ar-Rahnu dan pelancongan, pihak KAKIB juga menjalankan perniagaan hartanah projek perumahan pada tahun 2000 yang mana antara projek koperasi yang berjaya dilaksanakan termasuk aset koperasi melibatkan sewaan bangunan bagi menjana pendapatan koperasi.

Menurut beliau, kunci kejayaan KAKIB adalah atas kerjasama pihak anggota lembaga yang dipilih dan pihak pengurusan.

“Dengan adanya pengurusan yang baik, ia dapat menjadikan koperasi lebih lestari di mana prestasi koperasi sentiasa berada di dalam keadaan baik.

“Banyak koperasi yang ditubuhkan tetapi tidak lestari tetapi dengan adanya kerjasama dari pihak lembaga dan pekerja ia menjadikan kita antara koperasi yang lebih mapan di negara ini.

“Selain itu komitmen antara perkara penting di mana saya sentiasa menekankan kepada pihak lembaga walaupun pekerjaan hakiki adalah menjawat jawatan awam tetapi apabila bersama koperasi mindset perlu diubah,” katanya.

Tambah beliau lagi, faktor terpenting kejayaan koperasi adalah penglibatan anggota itu sendiri iaitu melalui yuran, sumbangan dan penglibatan dalam aktiviti di mana membantu menyumbang keuntung kepada koperasi malahan bakal dipulangkan dalam bentuk dividen dan sebagainya.

Kata Khairul Anuar, pencapaian koperasi sehingga 2019 di dalam indeks 100 koperasi terbaik di Malaysia adalah menduduki tangga ke 29, malah pernah tersenarai dalam koperasi terbaik di Malaysia pada tahun 2009 menerusia prestasi.

“Menerusi prestasi koperasi, KAKIP turut diiktiraf oleh Suruhanjaya Koperasi dan dari segi anugerah yang diterima ialah anugerah Kualiti Perdana Menteri 1996 dan anugerah peringkat negeri Perak iaitu Augerah koperasi Bandar Terbaik 1995-1997.

“Bagi anugerah terbaru yang diterima iaitu pada tahun 2016 adalah anugerah Koperasi Terbaik Perkhimatan Kewangan Negeri Perak,” katanya.

Dari segi keahlian ianya hanya terbuka kepada kakitangan kerajaan sahaja yang mana permohonan boleh diisi di Kakib.my penjawat awam perlu memenuhi syarat yang ditetapkan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");