Panasnya Hari Ini

Siapa ‘Sugar Daddy’ Di Sebalik Provokasi Anti-Syed Saddiq?

PETALING JAYA: Pihak berkuasa diminta untuk menyiasat “sugar daddy” di sebalik kekecohan dan provokasi terhadap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Johor, Jumaat lalu.

Aktivis sosial Haris Ibrahim berkata: “Apabila orang-orang ini menunjukkan ‘keberanian’ mereka seperti ini, kemungkinan ada seseorang di belakang mereka. Ini bukan 200 rakyat secara rawak yang marah dengan Syed Saddiq. Ia adalah politik.”

Beliau memberitahu, provokasi Jumaat lalu dirancang dan serangan sedemikian akan berterusan selagi ia memberi manfaat kepada seseorang.

Aktivis sosial dan politik, Haris Ibrahim.

Memetik laporan FMT, Haris berkata kumpulan yang serupa pernah digunakan dalam dekad-dekad yang lalu ketika ahli politik Barisan Nasional memainkan isu perkauman dan agama untuk memecah-belahkan rakyat Malaysia.

“Seperti pada 1987, semasa perhimpunan Pemuda Umno, mereka kata mereka akan menumpahkan darah orang Cina. Pemimpin Umno lain juga memainkan isu-isu perkauman tetapi tiada tindakan diambil kerana ada “sugar daddy” di sebalik tindakan sedemikian,” katanya.

Beliau berkata provokasi terhadap Syed Saddiq di Ulu Tiram, Johor pada Jumaat yang mengganggu perhimpunan keluarga, sahabat dan rakan-rakan politik itu, menunjukkan “kemerosotan serius politik” telah berlaku selama 4 dekad.

Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Tariq Ismail berkata, golongan muda terpaksa menjadi samseng untuk mendapatkan sumber kewangan.

Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Tariq Ismail.

Provokasi pada Jumaat mencerminkan masalah yang dihadapi golongan muda yang dibayar RM50-200 setiap orang “untuk beberapa minit menjerit melebihi kapasiti paru-paru mereka”. Orang-orang ini sama ada menerima gaji yang rendah atau menganggur, dan tawaran untuk menyertai demonstrasi “adalah tawaran terlalu baik untuk mereka terima”.

Beliau berkata polis mesti menyiasat insiden Jumaat lalu tanpa rasa takut atau memihak dan mencari dalangnya.

Beliau berkata masyarakat semakin marah dan kecewa serta mereka menggesa penglibatan berterusan ahli politik dengan rakyat untuk mendapatkan penyelesaian yang tepat.

Daripada menyalahkan bekas perdana menteri Najib Razak berhubung masalah negara dan melihat ke belakang, menteri Pakatan Harapan mesti menjalankan tanggungjawab.

“Berfikir sebelum bercakap dan tidak bercakap jika ia hanya kosong,” katanya, sambil menambah rakyat marah dan perlukan penyelesaian.

Haris Ibrahim berkata ahli PH perlu menentang naratif agama yang dimainkan PAS dan Umno untuk mendapatkan sokongan di kawasan Melayu.

Ahli masyarakat perlu menjelaskan kepada rakyat tentang kerosakan yang dilakukan oleh BN. Sebagai contoh, mereka harus menunjukkan orang Melayu Singapura lebih bahagia dan menikmati kehidupan yang lebih baik berbanding orang Melayu di Malaysia walaupun tidak menikmati usul hak Melayu, kerana “mereka tidak mempunyai status Bumiputera, tidak ada ketuanaan Melayu”, walaupun Singapura kurang sumber seperti getah, kayu, minyak dan gas.

PH juga perlu mempunyai program untuk golongan miskin. “Keperluan golongan miskin di Damansara mungkin tidak sama dengan Orang Asli di Perak. Satu pelan tidak akan sesuai untuk semua. Mereka perlu pergi ke akar umbi untuk mengetahui keperluan berbeza golongan miskin,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");