Sukan Hari Ini

Tahniah ‘The Pocketrocketman’!

PELUMBA berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang meraih gangsa dalam acara akhir keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Berlin, Jerman.

Menurut Harian Metro, emas dalam perlumbaan itu diraih pelumba Belanda, Harrie Levreysen yang menjadi pelumba pertama melintasi garisan penamat dengan catatan masa 9.861 saat.

Pelumba Jepun, Yuta Wakimoto pula berjaya menggondol perak.

Ini adalah kali ketiga The Pocketrocketman meraih gangsa dalam acara keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia, selepas melakukannya sebelum ini di Yvelines (2015) dan London (2016).

Pencapaian terbaik Azizulhasni di kejohanan ini adalah meraih emas di Hong Kong dalam acara keirin pada 2017.

Dia yang dalam persediaan untuk beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020, pernah meraih perak sebanyak dua kali dalam acara pecut pada 2009 (Pruszkow) dan keirin 2010 (Ballerup).

Dalam aksi yang berlangsung di The Velodrom, Berlin, pelumba kelahiran Dungun itu berada di kedudukan terbaik untuk meraih emas atau perak namun pada satu ketika dia seakan bergesel dengan pelumba Britain, Jack Carlin.

Azizulhasni cuba mengejar namun usahanya untuk meluru ke depan tersekat apabila Wakimoto menutup ruang dan dia sekadar berpuas hati dengan pingat gangsa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");