Berita Hari Ini
Like

Tak Benar 5 Kes Positif Covid-19 di Hospital Klang – KKM

February 15, 2020
162 Views
0 Comments
43 seconds read
Tak Benar 5 Kes Positif Covid-19 di Hospital Klang – KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan terdapat lima kes positif Covid-19 di Hospital Klang, Selangor, berikutan satu video yang tular di media sosial semalam.

KKM melalui laman Facebook rasminya memaklumkan video berkenaan merupakan prosedur operasi standard (SOP), dalam menjalankan operasi mengesan kontak rapat.

“Tular video dengan dakwaan ada lima kes positif di Hospital Klang adalah tidak benar. Jangan berkongsi atau menyebarkan berita palsu ini,” menurut catatan itu.

Semalam, tular video berdurasi lima saat di media sosial yang mendakwa terdapat lima kes positif Covid-19 di Hospital Klang.

– Bernama

Komen & Pendapat

Comments are closed.