Perak Hari Ini

Takkan Nak Tunggu Ada Yang Meninggal

IPOH- Jalan merupakan penghubung utama bagi pengguna untuk ke sesuatu tempat, namun keadaan jalan yang rosak boleh mengundang kemalangan kepada pengguna.

Wartawan Perak Today hari ini membuat tinjauan bagi mendapatkan maklumbalas dari pengguna dan penduduk yang menggunakan jalan Bercham Suria sebagai laluan utama.

Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Shahrom berkata, memang keadaan jalan tersebut telah diturap oleh pihak berwajib namun masalah mula timbul apabila pihak tersebut tidak peka terhadap sistem perparitan yang sedia ada.

“Lubang itu adalah masalah sekarang, untuk kenderaan seperti motosikal ianya sangat bahaya terutamanya pada waktu hujan di mana pengguna tidak nampak lubang dan mungkin terus masuk ke dalam lubang.

“Kalau boleh lihat ianya begitu jauh dari paras jalan dan kelihatan dalam, jadi pihak mana yang perlu bertanggungjawab,” katanya.

Menurut beliau pernah ada yang kemalangan disebabkan oleh lubang tersebut di mana mereka jatuh tetapi pengguna tersebut bernasib baik tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pernah sekali ada penunggang motosikal yang membawa pasu malangnya beliau atuh dan pasu yang dibawa telah pecah.

“Saya dah tanya kepada pihak atasan tetapi tiada sebarang tindakan atau jawapan yang diberikan tetapi ada ada seorang pengguna mengambil langkah membuat penanda putih supaya orang yang melalui kawasan tersebut sedar akan keadaan jalan ini tapi ada juga yang jatuh,” katanya.

Tambah seorang lagi peniaga yang mahu dikenali sebagai Wak turut mempersoalkan tindakan di mana laluan tersebut sudah dibaiki tetapi tidak secara menyeluruh sehingga mengundang masalah.

“Di kawasan ini sering kali berlaku banjir kilat kerana keadaannya yang rendah dan masalah mulai timbul apabila air bertakung sehingga boleh menyebabkan kerosakan jalan.

“Jalan ini tiada longkang dan kenderaan yang lalu adalah lori yang besar setiap hari hampir beratus kali sehingga jalan rosak,” katanya.

Katanya, sepatutnya perlu ada sistem longkang yang dibuat bagi mengatasi masalah kerosakan jalan akibat daripada air yang bertakung di atas jalan di tambah tiada sebarang papan tanda untuk berhenti atau perlahan di situ.

Sementara itu tambah R. Wanan seorang Pesara Tentera yang tinggal di Taman Syukur berkata, beliau sebagai penggunaan jalan tersebut beberapa kali hampir mengalami kemalangan disebabkan pemandu yang membawa dalam keadaan yang laju.

“Jalan ini adalah jalan utama, seharusnya ada bonggol yang diletakkan supaya pengguna tidak laju ketika lalu di sini.

“Kalau ada bonggol sudah tentu mereka akan memperlahankan kenderaan, jika keadaan begini keselamatan tidak akan terjamin,” katanya.

Begitu juga tambah S.Gunasaga seorang pemandu lori yang tinggal di situ berkata, beliau berharap agar dapat diletakkan sekurang-kurangnya dua bonggol supaya pengguna tidak melalui kawasan tersebut dengan laju.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");