Panasnya Hari Ini

‘Tiada Kerjasama Politik Bentuk Pakatan Baharu’ – Guan Eng

BUTTERWORTH: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan dakwaan wujud kerjasama politik bagi membentuk pakatan baharu membabitkan UMNO dan PAS dengan parti kerajaan, sebagai ‘berita tidak betul’.

Katanya, Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri sudah menafikan pernah mempelawa UMNO untuk menubuhkan gabungan baharu dinamakan Pakatan Nasional seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Perdana Menteri sendiri sudah sangkal, hari ini beliau sudah sahkan sendiri bahawa Pakatan Nasional tidak benar sama sekali. Ia (dakwaan) tidak betul, jangan percaya pihak-pihak yang berkepentingan ini,” katanya.

Bercakap pada sidang media selepas Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2020 Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang, di sini hari ini, Guan Eng yang juga Menteri Kewangan, berkata beliau turut melihat PAS berada dalam keadaan keliru.

Katanya, tindakan PAS yang mahu mengemukakan usul menyokong kepemimpinan Perdana Menteri pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula bulan depan, dilihat songsang daripada peranannya sebagai parti pembangkang.

“Undi sedemikian biasanya datang dari kerajaan, bukan pembangkang. Apa yang berlaku sekarang sudah terbalik. Kalau kita lihat gelagat PAS, mereka seperti keliru sama ada mereka pembangkang atau kerajaan kerana pembangkang yang selalunya akan buat undi tidak percaya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");