Berita Hari Ini

Tiada Kes Baharu Covid-19 Dilaporkan Hari Ini

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiada kes baharu Covid-19 dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kekal sebanyak 25.

Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tiga kes terbaharu iaitu kes ke-23 yang melibatkan seorang wanita warga negara Malaysia masih dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), kes ke-24 yang melibatkan wanita warga negara Jepun sedang mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur dan kes ke-25 adalah lelaki warga negara Itali kini dirawat di Hospital Sungai Buluh.

Jumlah kes telah pulih sepenuhnya dan discaj sehingga hari ini ialah 22 orang.

Tambah Dr. Noor Hisham, setakat hari ini seramai 1,619 individu telah diambil sampel bagi pengesanan jangkitan penyakit koronavirus 2019 (COVID- 19).

Mereka terdiri daripada Patient-Under-Investigation (PUI), kontak rapat kepada kes positif COVID-19, individu yang tiba melalui Misi Bantuan Kemanusiaan dan kapal persiaran, katanya.

Menyentuh mengenai bantuan kemanusian terhadap 66 warga negara Malaysia dan ahli keluarga yang dibawa balik dari Wuhan, China empat hari lepas, kesemua kini berada di pusat pemantauan di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dan berada dalam keadaan sihat.

KKM juga mengingatkan orang ramai supaya menangguhkan perjalanan ke China, Korea Selatan, Jepun, Itali dan Iran sekiranya tiada keperluan mendesak.

Sekiranya tidak dapat menangguhkan perjalanan tersebut, langkah-langkah pencegahan perlulah dilaksanakan termasuklah mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa.

“Berdasarkan situasi semasa COVID-19 di Malaysia dan perkembangan terkini di peringkat global, semua Pengamal Perubatan di semua peringkat fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta disarankan agar langkah-langkah pencegahan serta kawalan infeksi (infection prevention and control) sentiasa berada di tahap yang optimum pada setiap masa.

“KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya.

“Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya secara berterusan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");